2018年4月24日星期二

KOMSAS TINGKATAN 4

Puisi: Gurindam Dua Belas


Maksud Puisi

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.

Maksud: Apabila kita menjaga mata daripada melihat perkara yang tidak baik, keinginan dan kehendak tidak banyak.
意思:我们必须要利用眼睛欣赏世上美好的人事物,并不是利用眼睛来看一些不该看的东西。

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Maksud: Apabila kita mengawal pendengaran, perkara-perkara tidak baik tidak akan mendekati kita.
意思:不要去听别人说的闲言闲语。

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Maksud: Apabila kita menjaga pertuturan, sudah pasti kita akan mendapat manfaat.
意思:我们必须要照顾好自己的言行举止,以避免伤到别人的心。

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.

Maksud: Kita mestilah menjaga tangan dengan bersungguh-sungguh daripada melakukan perkara jahat yang besar atau yang kecil.
意思:避免做出违法的事情。

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Maksud: Apabila kita tidak mengawal nafsu makan, segala perangai buruk kita akan ditonjolkan.
意思:适量饮食,避免引起健康问题。

Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Maksud: Kita hendaklah bijaksana mengawal perasaan hati, banyak orang yang hilang semangat kerana tidak pandai menjaga emosi.
意思:控制好自己的情绪,做事情才能坚持下去。

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Maksud: Kita hendaklah mengawal pergerakan kita supaya tidak berkunjung ke tempat-tempat yang merugikan.
意思:避免去一些不好的场所。

Tema Gurindam

Manusia perlu sentiasa memelihara akhlak yang terpuji dengan mengawal pergerakan anggota diri, mengawal perbuatan kita dan gerakan hati kita.


Persoalan

1. Kebijakan menggunakan anggota badan termasuk deria penglihatan, pendengaran, pertuturan dan tangan dengan cara yang baik agar mendatangkan kesejahteraan kepada semua manusia.

2. Kepentingan mengawal nafsu makan agar kita tidak menonjolkan tabiat buruk di depan orang lain yang boleh memalukan.

3. Kepentingan mengawal perasaan hati agar tidak dipengaruhi emosi yang boleh melemahkan semangat kita.

4. Kewaspadaan terhadap tempat-tempat yang kita hendak kunjungi agar kita tidak tersilap langkah berkunjung ke tempat-tempat yang merugikan seperti membinasakan imej atau keimanan kita.


Nilai

1. Kewaspadaan atau berhati-hati. Kita dinasihati supaya berhati-hati mengawal pancaindera seperti mata, telinga, mulut daripada melakukan perkara-perkara negatif.

2. Kesungguhan membuat sesuatu. Kita dinasihati supaya beriltizam bagi mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan jahat sama ada kejahatan kecil atau kejahatan besar. 

3. Rasional. Kita dinasihatkan supaya berfikiran tenang dan waras agar tidak dipengaruhi emosi sehingga menjejaskan semangat kita untuk berjuang.

4. Kebijaksanaan. Kita dinasihati supaya sentiasa bijaksana dalam setiap pergerakan iaitu bijak dalam memilih tempat-tempat yang sesuai untuk dikunjungi.


Pengajaran

1. Kita perlulah sentiasa menjaga pergerakan anggota pancaindera kerana banyak keburukan akan kita lakukan sekiranya kita gagal mengawal pergerakan anggota kita.

2. Kita mestilah menjaga tutur kata dan tingkah laku kita apabila berhubung dengan orang lain agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

3. Kita perlulah berfikir dahulu sebelum bertindak.

4. Setiap orang hendaklah bertanggungjawab mengelakkan diri daripada melakukan perkara negatif/kejahatan.

5. Kita hendaklah rasional dan tidak bertindak mengikut nafsu supaya kita dipandang hina.




2017年8月15日星期二

SPM学习站是专门分享一些FORM 4 & FORM 5笔记的部落格

不过,只有特定的科目会分享,因为我不是理科的学生,所以我不会分享有关Biology, Chemistry 和 Physics的笔记

有关科目如下:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Cina
  • Sejarah
  • Science
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
*我只会分享有关这些科目的笔记哦